| 
  • If you are citizen of an European Union member nation, you may not use this service unless you are at least 16 years old.

  • You already know Dokkio is an AI-powered assistant to organize & manage your digital files & messages. Very soon, Dokkio will support Outlook as well as One Drive. Check it out today!

View
 

Mengurus anak angkuh

Page history last edited by roszelan@... 15 years, 9 months ago

Mengurus anak angkuh

Dalam kesungguhan anak-anak berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.

 

PADA usia yang muda, kebanyakan kanak-kanak sudah belajar untuk berkata, 'lihat saya'. Majoritinya berbuat demikian semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.

 

Kelibat seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia empat tahun menarik perhatian. Si anak dilihat cuba memperkenalkan diri kepada seorang kakak yang berdiri berdekatannya. Kemudian dia cuba membuat gaya somersault di atas rumput sambil menjerit, 'tengok ni... tengok ni!' Dalam situasi apakah, keangkuhan seseorang anak mungkin bertukar menjadi satu masalah atau bencana?

 

Kanak-kanak lazimnya terlalu muda dan agak mudah bertoleransi dengan keangkuhan kanak-kanak lain. Mereka sama ada akan membiarkan sahaja sikap menunjuk-nunjuk itu atau berkumpul di sekitar anak yang bongkak.

 

Sebagai ibu bapa, kita akan memberi galakan kepada anak-anak muda untuk berpuas hati dan berbangga dengan apa juga pencapaian mereka.

 

Misalnya, kali pertama anak perempuan anda berjaya dalam pertandingan bercerita, sudah tentu anda memberi pujian sewajar kepadanya sebagai dorongan untuk kejayaan masa hadapan.

 

Menurut seorang profesor dalam jurusan pendidikan karakter, Dr. Marvin Berkowitz, sikap menunjuk-nunjuk dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah adalah sesuatu yang sihat.

 

"Salah satu tugas paling penting bagi seseorang anak ialah membentuk rasa sayang pada diri sendiri dan keyakinan diri. Anak-anak perlu merasakan diri akan berjaya dan mampu menjayakan sesuatu," katanya.

 

Anak sering diberitahu oleh ibu bapa bahawa mereka mampu melakukan kerja dan kenyataan ini perlu diterima. Atas sebab ini, anak-anak memperoleh keberanian dan keinginan untuk berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja tentang segala kemampuan yang dilakukan oleh mereka. Namakan sahaja, daripada mengira sehingga 10, mengetahui nama penuh atau bermain dengan bakul.

 

Namun, dalam kesungguhan mereka bercerita atau berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.

 

Pakar kanak-kanak berpendapat, anak yang meluahkan kegembiraan terhadap pencapaian mereka adalah sesuatu yang normal asalkan mereka tidak dipaksa melakukannya untuk orang lain. Maklum balas anda sebagai ibu bapa boleh membantu mengajar anak-anak tentang bagaimana menjadi sensitif terhadap perasaan kanak-kanak lain.

 

Seiring dengan peningkatan usia, sebab seseorang anak menunjuk-nunjuk juga berubah. Sekiranya, sikap menunjuk-nunjuk terlalu melampau berbanding rakan sebayanya, ini mungkin bermakna dia tidak memperoleh perhatian secukupnya daripada ibu bapanya.

 

Oleh sebab itu, dia mengambil peluang untuk menunjuk-nunjuk agar diri berasa dihargai. Sesetengah anak-anak mungkin berasa angkuh apabila mereka dilanda ketidakpastian terhadap diri sendiri atau ingin diri diterima. Pada masa yang sama, ia mungkin bermakna si anak telah menerima terlalu banyak pujian sehinggakan sikap menunjuk-nunjuk dirasakan tiada masalah.

 

Tetapi seiring dengan tumbesarannya, mereka sepatutnya belajar dan mengetahui bahawa sikap yang menunjuk-nunjuk tidak lagi boleh diterima. Mereka mungkin semakin sukar untuk menerima bahawa tindakan itu boleh memakan diri.

 

Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu membuang tabiat menunjuk-nunjuk si anak dengan menaikkan tahap keyakinan diri mereka. Bantulah anak sedar bahawa mereka mampu berdikari dan tidak perlu terlalu berbangga atau terlampau menunjuk-nunjuk akan pencapaian diri.

 

Tunjukkan kepada anak-anak tentang bagaimana sikap menunjuk-nunjuk mereka mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain. Gunakan diri sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anak, bagaimana gaya menunjuk-nunjuk itu boleh memberi maksud sebaliknya kepada orang di sekeliling.

 

Walaupun menunjuk-nunjuk adalah perkara biasa bagi kebanyakan kanak-kanak, mereka perlu dididik tentang kepentingan mengelakkan keangkuhan melampau.

 

 

Comments (0)

You don't have permission to comment on this page.