| 
  • If you are citizen of an European Union member nation, you may not use this service unless you are at least 16 years old.

  • You already know Dokkio is an AI-powered assistant to organize & manage your digital files & messages. Very soon, Dokkio will support Outlook as well as One Drive. Check it out today!

View
 

Menyemai sifat mahmudah

Page history last edited by roszelan@... 15 years, 9 months ago
Menyemai sifat mahmudah

 

 
Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa terutama sekali bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Apa yang penting kepada ibu bapa adalah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang lebih gemilang. Mendidik anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah aspek berkaitan dengan pembentukan akhlak mulia.
 
 
 
Dalam pendidikan anak, Allah s.w.t mengabadikan kisah seorang bapa yang dikenali sebagai Luqman yang menjadi inspirasi kepada semua ibu bapa. Luqman seorang hamba yang soleh dikurniakan Allah dengan ilmu pengetahuan dan hikmah kebijaksanaan. Siapa dia, apa bangsa dan di mana negerinya tidak dinyatakan dalam al-Quran. Namun dalam kisahnya, banyak tersirat ajaran yang berharga.
 
Firman Allah yang bermaksud: 'Dan (ingatlah!) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan suatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar.'- Surah Luqman:13.Asas dalam kehidupan seorang anak yang soleh adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, ia menjadi benteng daripada melakukan perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah s.w.t.
 
 
 
 
Antara amalan mulia yang wajib dan perlu diterap kepada anak-anak adalah mengambil berat terhadap amalan solat, menjauhi daripada melakukan perbuatan mungkar dan sentiasalah diri melakukan perkara baik.
 
 
 
Secara jelas, pembentukan nilai dan amalan mahmudah dalam kalangan anak-anak adalah melalui pembentukan personaliti yang terpuji. Allah s.w.t menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: 'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya yang mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;(ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' - Surah Luqman: 14.
 
Amalan taat kepada ibu bapa perlu dipupuk kepada anak-anak agar anak membesar dalam kasih sayang ibu bapa yang berkekalan sampai ke akhir hayat.
 
 
Menyemai sifat mahmudah kepada anak bermula pada awal lagi sehinggalah keperingkat anak menjangkau remaja. Pada awal pertumbuhan sejak berumur dua tahun, anak-anak mula belajar melalui kata-kata yang baik. Kata-kata baik dan berunsur kasih sayang perlu didedahkan kepada anak agar menjadi satu kebiasaan.
 
 
 
 
Mendedahkan anak dengan kata-kata manis, bersalaman sesama keluarga secara tertib dan penuh hormat. Anak hendaklah dibiasakan dengan sebutan nama Allah walaupun belum mengerti. Ketika hendak memulakan makan, ajar anak membaca Bismillah dan menyudahi makanan dengan ucapan Alhamdulillah. Anak-anak juga boleh dilatih dengan sifat mulia suka memberi dan tidak mementingkan diri sendiri.
 
 
 
 
Sementara itu, tempoh pertumbuhan dua hingga enam tahun merupakan peringkat menerima pengaruh tingkah laku dan emosi.
Anak suka dimanjakan, namun biarlah bertempat. Ibu bapa berperanan menunjukkan sifat terpuji, tidak bercakap kasar dan kotor, suka berkelahi, meremeh dan menghina antara satu sama lain.
 
 
 
 
Anak sebagai aset penting kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan membina masa depan anak agar menjadi seorang anak yang soleh dan cemerlang.

 

Comments (0)

You don't have permission to comment on this page.