| 
  • If you are citizen of an European Union member nation, you may not use this service unless you are at least 16 years old.

  • You already know Dokkio is an AI-powered assistant to organize & manage your digital files & messages. Very soon, Dokkio will support Outlook as well as One Drive. Check it out today!

View
 

wind orchestra 2008

Page history last edited by roszelan@... 15 years, 12 months ago

 PERTANDINGAN WIND ORCHESTRA KEBANGSAAN

TEMPAT : SEKOLAH ENENGAH SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG

TARIKH : 27 HINGGA 30 MAC 2008

GURU PENGIRING : EN SHAHRIL SARDI

                              CIK MUNERA MD DUM

 

Pada 26-30 Mac 2008,Pasukan Pancaragam Sek Men Sains Muzaffar Syah telah menghantar seramai 59  pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Awal Wind Orchestra ke-10.Pertandingan ini bertempat di Sek Men Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan,Pahang(SEMSAS).Kami bertolak pada jam 11.30 pagi bersamaan hari rabu,26 Mac 2008 dengan diiringi Cikgu Shahril Sardi dan Cikgu Munera.Kami tiba di bumi SEMSAS pada jam 5.30 petang.Setelah selesai mendaftarkan diri,kami bergerak ke SBPI Kuantan dimana kami ditempatkan untuk menginap.Terdapat 23 pasukan SBP seluruh negara telah menyertai pertandingan awal ini.Pada sebelah malam,kami menghadiri taklimat awal Pertandingan Orchestra di Dewan Al-Khawarizmi,SEMSAS.Kemudian kami menjalankan latihan seperti biasa sebagai persediaan untuk pertandingan keesokan harinya.

 

 

 

 

 Pada tahun ini,format pertandingan telah diubah dimana pasukan dipecahkan kepada 2 division.MOZAC telah dimasukkan ke dalam division 2 yang mengandungi 5 buah pasukan.Pada 27 Mac 2008 telah berlangsungnya pertandingan awal Wind Orchestra ke-10.Aktiviti bengkel untuk setiap pasukan diadakan pada 28 dan 29 Mac 2008 yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Malaysian Philharmonic Orchestra(MPO) dan universiti tempatan.

 

                                   

 Majlis penutup pertandingan diadakan pada 29 Mac bermula jam 8.30 malam di Dewan Al-Khawarizmi,SEMSAS.Selain daripada pengumuman keputusan pertandingan,majlis juga diserikan dengan pertandingan nasyid dan dikir barat oleh pelajar-pelajar SEMSAS.MOZAC diumumkan sebagai pemenang anugerah emas division 2 diikuti sains Selangor dan SAKTI sebagai johan.Kejayaan ini mengulangi pencapaian pasukan sekolah pada tahun 2003.

 

 Kami bertolak pulang ke MOZAC pada 30 Mac jam 9.30 pagi dan selamat tiba di asrama jam 3.30 petang.Diharapkan pencapaian ini akan diteruskan oleh pelapis akan datang.Terima Kasih kepada guru penasihat,Puan Rita dan guru muzik,En Shahril serta semua yang terlibat menyokong secara langsung dan tidak langsung.

 

 ONE BAND,ONE SOUND

 

Laporan disediakan oleh=QURRATU' AINI & ADIBAH

 

 

Comments (0)

You don't have permission to comment on this page.